KETUPAT ALA POCONG
2 kg beras pulut
2 cawan santan pekat sahaja..nak lemak lebihkan sikit.
Satu sudu teh garam
Cara2:
1. Basuh pulut hingga jernih air.Rendam beras pulut 2 jam.
Toskan dan kukus hingga masak.Gaulkan dgn santan pekat dan satu sudu teh utk sekilo pulut.Kukus semula hingga berwap.Angkat.
2. Ambil sekepal pulut dan bungkus dgn daun pisang .
3. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuk dan padat.
Ikat hujung dahulu.Kemas dan rapatkan pulut ikat hujung satu lagi.Nak lebih padat ikat di bahagian tengah..
4. Kukus atau rebus.Lebih lama kukus/ rebus.. lebih tahan lama dan padat macam lemang.
Selamat mencuba.🌹
kredit: hiey hasbi